Turunkan Bendera Parti Sebelum 23 Mei Ini


PARTI-PARTI politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diberi tempoh sehingga 23 Mei ini untuk menanggalkan semua bendera atau poster parti masing-masing.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam MPK, Izad Zaidnal Muhammad Safian yang dipetik BH Online berkata, semua parti terlibat diberi tempoh selama 14 hari selepas pilihan raya untuk berbuat demikian.

Jika poster atau bendera itu tidak ditanggalkan dalam tempoh tersebut, pihak berkuasa tempatan (PBT) akan menanggalkannya dan wang deposit calon akan dikira hangus.

“Perintah itu berkuat kuasa 10 Mei lalu dan setakat ini kebanyakan poster dan bendera dipasang parti politik belum diturunkan seperti diarahkan tetapi wakil semua parti masih mempunyai tempoh.

“Kita meminta kerja menurunkan poster dan bendera dilakukan dengan berhemah bagi mengelak kejadian tidak diingini kerana ada bendera dipasang di tempat tinggi.

“Khemah parti politik didirikan di tepi jalan perlu dibuka segera dan kawasan persekitarannya dibersihkan,” katanya.

Tambahnya, bagi tempoh itu juga PBT akan melakukan pemantauan di setiap kawasan bagi memastikan tiada lagi poster dan bendera parti terlibat. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com