Tun M Ungkit Jasanya Di Langkawi Depan Penduduk Pulau Tuba, Burukkan Najib


LANGKAWI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengungkit jasa-jasa yang telah beliau tabur kepada penduduk Langkawi dalam kempennya di Pulau Tuba yang berlangsung di sini, tengahari tadi.

Sebaliknya, beliau yang bertanding atas tiket PKR sebagai calon Parlimen Langkawi itu memilih strategi terus memburuk-burukkan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur, di depan penduduk Pulau Tuba.

"Masa saya jadi Perdana Menteri, rela gugurkan cukai dan kita jadikan Pulau Langkawi sebagai pulau pelancongan yang amat menarik.

"Dia (Najib) mahu terus menjadi Perdana Menteri supaya dia boleh curi lebih banyak duit.

"Najib hanya nak duit banyak untuk diri dia, dan untuk BN. BN tau apa? Bini Najib. Itulah dia cari duit. Dia cari duit untuk BN. Bini dia laa..

"Dia nak beli cincin permata warna merah jambu bermilion-milion ringgit. Duit siapa? Duit kita la yang dia curi," katanya ketika berucap di majlis Kenduri Rakyat Kepulauan Tuba, Selat & Dayang Bunting Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini tengahari tadi.

Tun Mahathir turut memberitahu penduduk Pulau Tuba bahawa Pakatan Harapan akan mengajar penduduk di situ menggunakan internet dan melatih mereka untuk memasarkan kuih keluaran pulau itu secara dalam talian.

Turut hadir di majlis kenduri berkenaan adalah anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir, dan penyokong tegar beliau, Ummi Hafilda Ali, yang juga merupakan adik beradik kepada Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali dan selebriti, Azwan Ali.

Selain itu, calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuah, Mohd Firdaus Ahmad, dan calon Dun Ayer Hangat, Johari Bulat, serta kira-kira 400 penduduk Langkawi, termasuk yang datangg dari luar pulau tersebut.

Tun Mahathir sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Kubang Pasu, namun bertanding di kerusi Parlimen Langkawi gara-gara jasanya membangunkan pulau pelancongan itu.

Meskipun dikritik kerana mengambil tanah-tanah strategik orang kampung menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi yang dipengerusikan beliau dahulu dan menjualnya kepada pihak swasta yang dikatakan kroni-kroninya, beliau enggan peduli.

Walau bagaimanapun, Tun Mahathir dijangka amat sukar memenangi kerusi Parlimen Langkawi pada PRU ke-14 kali ini ekoran undi majoriti besar yang diperoleh penyandangnya, Dato' Nawawi Ahmad, serta sokongan padu penduduk Langkawi yang setia kepada BN.

Tun Mahathir sebelum ini turut dikritik ekoran menghina penerima BR1M sebagai "pemakan dedak" dan sebahagian besar penduduk Langkawi merupakan penerima bantuan tersebut. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com