Tun M Tak Boleh Hidup Tanpa Kuasa - Calon DUN Bukit Kayu Hitam


Calon bagi DUN Bukit Kayu Hitam, Dato Ahmad Zaini bin Japar menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad terjun ke dunia politik diusia 93 tahun sebagai orang yang tidak boleh hidup tanpa kuasa.

Menurut Ahmad Zaini, Mahathir dilahirkan untuk berkuasa dan akan terus mencari kepuasan untuk memiliki kuasa sehingga akhir hayatnya.

Akibat pemimpin yang gila kuasa seperti Mahathir dan Muhyidin Yassin yang membuat pusingan 'U' dengan menghentam kerajaan sedia ada dengan menyertai pakatan pembangkang hanyalah demi kepentingan diri.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Mahathir sebenarnya terdesak dan gila kuasa kerana sanggup menyertai DAP yang jelas matlamat parti itu jauh menyimpang dari perjuangan beliau.

Setelah bertahun-tahun Mahathir memburuk-burukkan, menghina dan mengutuk DAP. Namun, kini sebaliknya pula yang berlaku.

Jadi jelas ini menunjukkan Mahathir tidak mempunyai pendirian yang tetap dan sentiasa keliru dengan prinsip yang dipegangnya selama ini. Inilah namanya Melayu mudah lupa!

Tambah beliau lagi, mungkin menjadi satu kesilapan jika rakyat terpengaruh budaya dibawa Mahathir namun berharap ianya adalah satu tindakan yang bersifat sementara.

Katanya, Ahmad Zaini berharap rakyat dapat memahami perjuangan yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah demi kepentingan orang-orang Melayu.- Kedahnews.com

#TolakPakatan
#PakatanDAP
#DosaDosaMahathir
#BersamaBN
#KekalBN
#UndiBN






No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com