Tun M Dirayu Kembalikan Langkawi Kepada Anak Langkawi


LANGKAWI - Kasih sayang lebih 90,000 rakyat Langkawi terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah pudar, malah jasa beliau terhadap pembangunan pulau lagenda itu akan tetap mekar di hati masyarakatnya.

Namun begitu, bekas Perdana Menteri itu dirayu supaya hentikan segala fitnah dalam kempen pilihan raya dan berhenti daripada bercita-cita untuk menjadi Ahli Parlimen Langkawi mahupun Perdana Menteri.

"Ini adalah rayuan saya kepada Tun M supaya berhenti daripada terus melakukan fitnah yang mempengaruhi rakyat untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan cara yang tidak baik.

"Saya secara peribadi dan seluruh 90,000 rakyat Langkawi masih menyayangi, menyanjungi dan berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad atas segala jasanya.

"Tapi yang sudah tu, sudahlah. Ambillah apa yang telah diambil. Cukup setakat itu. Kembalikan Langkawi kepada anak Langkawi," rayu Ainina Saadudin, anak Langkawi yang merupakan Presiden badan bukan kerajaan, Empirical Malaysia.

"Ladang kuda ke, landang lembu ke, ladang sayur ke, hotel lima bintang ke, apa yang ada di puncak Gunung Raya ke, segala earth station, ambillah. Tanah dekat tengah-tengah bukit, tengah pulau pun, ambillah.

"Tak apa. Tapi cukuplah setakat itu. Sudah-sudahlah. Kesianlah kepada orang Langkawi.

"Kasih sayang kami takkan pernah pudar pada Tun M. Jasa Tun M akan terus kami sanjung sampai bila-bila Tun. Tapi ini pulau anak Langkawi," tegas Anina yang sebelum ini teruk dihentam Mahathir selepas bertindak keluar PPBM pada September lalu.


Anina berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar di sini semalam, menuntut Tun Dr Mahathir supaya menjawab segala persoalan yang dikemukakan terhadapnya dan masih belum terjawab hingga hari ini.

Antara soalan yang masih belum terjawab sehingga kini adalah sama benar dakwaan yang mengatakan Tun M sekeluarga miliki 488 buah syarikat dengan kekayaan bernilai US$44 bilion (RM170 billion).

Selain itu, turut dipersoalkan sama ada anak-anak dan keluarga beliau mendapat banyak kontrak daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan apakah benar tentang dakwaan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai 3 anak bekas Perdana Menteri itu berstatus billionaire.

Anina juga menuntut supaya bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mehjelaskan bagaimana beliau mampu membeli kumpulan bank ICB Financial Group pada 1994 yang memiliki bank di 13 buah negara di 3 benua.


Jelasnya, kebetulan Bank Negara Malaysia (BNM) hilang RM30 billion secara misteri dan apakah kehilangan RM30 billion rezab BNM itu mempunyai kaitan dengan kekayaan segera Tun Daim kerana beliau ketika itu Menteri Kewangan.

Anak Langkawi yang sebelum ini penyokong tegar Tun Dr Mahathir turut mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah menyalahgunakan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk "mencuri" tanah penduduk Langkawi untuk dijual kepada kroni-kroni beliau ketika berkuasa.

Anina berkata, Tun M dan Tun Daim menerusi LADA telah membeli tanah-tanah strategik anak Langkawi di pantai-pantai yang cantik dengan harga yang murah, dan kemudian menjualnya kepada syarikat-syarikat kroni mereka sekitar tahun 1990'an dahulu.

"Orang yang telah menyalahgunakan LADA adalah Tun Dr Mahathir dan Tun Daim. LADA beli tanah-tanah orang kampung dan LADA jual kembali kepada kroni-kroni Tun Dr Mahathir sendiri.

"Pergi periksa tanah di sekeliling pantai Langkawi, hotel-hotel lima bintang. Semuanya dimiliki oleh kroni-kroni Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya yang sedih apabila pantai-pantai itu kini dijadikan sebagai "pantai persendirian".


Jelas Anina, tindakan menjadikan pantai-pantai strategik berkenaan sebagai "pantai persendirian" adalah bertentangan dengan Kanun Tanah Negara dan menyedihkan apabila anak Langkawi dinafikan hak untuk menikmati pantai-pantai tersebut.

Isu pengambilan tanah orang kampung di Langkawi mencetus kontroversi panas di kalangan parti-parti pembangkang, khususnya DAP dan penduduk tempatan, namun bantahan berkenaan berjaya ditutup rapat pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir yang bertanding merebut kerusi Parlimen Langkawi pada PRU ke-14 ini dijangka tewas mengejut pada 9 Mei ini ekoran "kemarahan dalam diam" penduduk Langkawi yang selama ini terpendam sejak sekian lama.

Tun Dr Mahathir esok bakal mengunjungi Pulau Tuba yang majoriti lebih 90 peratus penduduknya penyokong tegar BN, dan difahamkan salah seorang calon Pakatan Harapan sebelum ini telah dihalau keluar daripada pulau tersebut, baru-baru ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com