Tun M Beri Petunjuk Kurang Sihat Menjelang #PRU14


ALOR SETAR - Calon PKR Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ceramahnya  menunjukkan dia kurang sihat setelah mengadu 'kurang suara' menjelang hari pembuangan undi pada 9 Mei ini.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH), situasi itu menyebabkan tempoh beberapa ceramahnya terpaksa dipendekkan.

Beliau berkata sedemikian di dalam ceramahnya di Jasin, Melaka pada Jumaat.

Sementara itu, di dalam ceramahnya pada sebelah malam di negeri sama, Dr Mahathir sekali lagi mengadu batuk dan mendakwa berpunca daripada beberapa ucapannya sebelum ini.

"Maaf, kena buat ucapan banyak kali sangat jadi suara pun tiada, batuk pula, siang tadi pun buat ucapan, saya minta maaf lah, batuk sikit," ujarnya memetik Awani.

Dalam program ceramah tersebut, Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut muncul di pentas Pakatan Harapan selang beberapa hari selepas penyertaan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Selain Bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, Jelajah Harapan di Melaka turut dihadiri oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com