Tular Video Bancuh Teh Dalam Tandas Tren


TINDAKAN penjual teh mengambil air dari tandas tren sebelum menyediakan minuman itu terbongkar apabila video perbuatannya tular baru-baru ini.

Bancuhan yang siap itu kemudiannya dijual kepada penumpang kereta api Ekspres Chennai-Hyderabad.

Tiga petugas terbabit telah didenda kerana tidak mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan.

Rakaman menunjukkan tindakan petugas terlibat keluar dari tandas dengan sebuah bekas yang digunakan untuk menyediakan teh dan kopi untuk dijual kepada penumpang perkhidmatan kereta api berkenaan.

Pengurusan kereta api India dalam kenyataannya memberitahu, insiden itu telah disiasat dan penjual teh itu telah didenda AS$1,500.

Video itu dirakamkan dalam kereta api di Secunderabad, Telangana.

Daripada tiga petugas terlibat, hanya seorang saya yang memiliki lesen.

Dakwa mereka, rakaman itu sebenarkan ketika kumpulan itu sedang memindahkan susu ke dalam bekas itu.

Bagaimanapun, syarikat kereta api tetap menganggap tindakan petugas terlibat salah.

Sumber: SCMP


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com