Tular Pesawat Bawa Najib Di Media Sosial Tidak Benar - Polis


SUBANG - Polis menjelaskan tiada kehadiran pesawat yang ditularkan di sosial media berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, baik semalam atau hari ini, pesawat itu tidak kelihatan sama sekali.

“Saya cakap tiada,” katanya pada sidang media di SAAZ, hari ini.

Ketika ditanya benarkah penerbangan itu sebenarnya dibatalkan, beliau sekali lagi menegaskan; “Seperti saya kata tadi, tiada”.

Sehubungan itu beliau menasihati orang awam supaya bersurai bagi memberi keselesaan kepada orang ramai yang mempunyai urusan di SAAZ.

“Jadi saya nasihatkan orang ramai beredar supaya tidak memberi kesulitan kepada orang lain,” katanya.

Malam tadi tular mengatakan sebuah pesawat didakwa akan tiba di SAAZ jam 6 pagi bagi membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Indonesia.

Pesawat itu dijadualkan berlepas jam 10 pagi tadi.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com