Tular Fitnah Konon Warga China Boleh Mengundi


HARI mengundi yang semakin tiba menjadi peluang buat jentera maya pembangkang gigih tabur fitnah kepada Barisan Nasional (BN) demi hasut rakyat dengan memburuk-burukkan kerajaan.

Terbaharu, mereka terpaksa membuat tohmahan jahat dengan menuduh kerajaan memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing warga China yang layak mengundi untuk Pilihan Raya Umun (PRU) ke-14 pada Rabu ini.

Bagaimanapun melalui semakan pemilik nombor kad pengenalan seperti yang disebarkan itu terbukti tiada rekod dalam laman web rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Sehingga kini, tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik kad pengenalan tersebut.


Kemungkinan pihak pembangkang sengaja mencetuskan propaganda dengan mengedit kad pengenalan atau pasport berkenaan supaya rakyat percaya tindakan tidak benar itu sengaja dilakukan oleh pihak kerajaan.

Lebih teruk lagi apabila ramai yang mempercayai berita tersebut dan terus menghukum dengan berkongsi maklumat palsu berkenaan tanpa menyelidik fakta sahih terlebih dahulu.


Tuduhan palsu secara sengaja ini boleh dikenakan tindakan melalui Akta Antiberita Tidak Benar 2018 selain berniat jahat untuk mendatangkan kemudaratan kepada negara.

Orang ramai sehubungan itu dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang benar terlebih dahulu sebelum menularkan perkara tersebut khususnya dalam media sosial. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com