#TSUNAMIPHITNAH: 5 Serangan Peribadi Yang Dikitar Semula Pembangkang


PEMBANGKANG Pakatan Harapan (PH) menjadikan berita palsu dan serangan peribadi sebagai senjata utama untuk memburukkan lawan politik mereka.

PH dan penyokongnya menunjukkan rasa benci yang melampau terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan mereka hingga sanggup menabur fitnah.

Lima isu di bawah ini dijadikan fitnah terkini, paling dahsyat dan paling lama dijaja oleh PH dan pentaksub mereka di laman sosial dan serata ceruk internet.


1. PM Najib Curi Wang 1MDB

Jawatankuasa khas Parlimen dianggotai wakil DAP sendiri tidak ada bukti kaitan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan dakwaan kecurian itu, apatah lagi untuk mendakwa Najib mengambil wang 1MDB untuk membeli-belah.


2. Presiden PAS Dibayar RM90 juta oleh UMNO

Perjalanan kes saman Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report menunjukkan editornya Clare Rewcastle-Brown tidak mempunyai bukti menyokong dakwaannya itu. Tapi pentaksub PH masih meneruskan fitnah dengan menyindir di media sosial.


3. Zaman PM Najib Paling Teruk

PH menafikan kejayaan projek pengangkutan terbaharu, MRT yang merupakan penghubung terbaik di Lembah Klang. Kejayaan projek MRT yang masih diteruskan menjadikan projek pengangkutan zaman bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan kerdil.


4. Presiden PAS Mahu Join UMNO

Pentaksub PH mengatakan “Undi PAS, Undi BN.” Menurut mereka, PAS telah tertipu dengan Najib dan kini hanya mengikut strategi yang disusun tanpa ada kebebasan bertindak sendiri. Antara tujuan kempen ini ialah menuduh kedua-dua pemimpin ini menipu ahli mereka.


5. Penyokong BN Makan Dedak

Siapa sahaja yang bersimpati, menyokong atau mempertahankan PM Najib atau UMNO dan BN dituduh dengan fitnah “pemakan dedak.” Tanpa menilai hujah yang dikemukakan, tuduhan jahat dan sindiran makan dedak dilemparkan.

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

Sumber: TV14

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com