Trump Beri Ucapan Video Rasmi Kedutaan AS Baitulmaqdis


WASHINGTON - Presiden Donald Trump akan membuat ucapan di hadapan kira-kira 800 golongan kenamaan Israel dan Amerika Syarikat (AS) dalam upacara pembukaan Kedutaan AS di Baitulmaqdis menerusi sidang video Isnin, kata seorang pegawai kanan.

Tidak jelas jika Trump akan bercakap menerusi rangkaian video langsung atau ucapan dirakam terlebih dulu.

Pegawai berkata, kakitangan misi itu di Tel Aviv menanda hari terakhir bertugas dan pasukan kedutaan akan bertugas Isnin ini di Baitulmaqdis, dengan upacara pembukaan dianjurkan kemudian.

“Saya fikir kami semua gembira dan teruja mengambil bahagian dalam upacara bersejarah. Kakitangan bertugas sepanjang masa dan bersedia untuk upacara pembukaan Isnin. Kami bersedia.

“Kami menjangka sekitar 800 orang hadir,” kata pegawai, menambah angka wajar tetamu daripada Kongres AS manakala Presiden akan membuat ucapan menerusi video.

Beliau menegaskan, acara itu adalah sambutan dua hala AS-Israel, tidak mengendahkan laporan bahawa segelintir diplomat dari negara lain jika ada, yang tidak mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, akan hadir.

Timbalan Setiausaha Negara AS, John Sullivan akan mengetuai delegasi termasuk anak perempuan Trump, Ivanka, suaminya pembantu kanan Rumah Putih, Jared Kushner dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin.-AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com