TPM Dedah Drama Mahathir Ke Hospital Tagih Simpati?


BONGKAR – Pakatan pembangkang berlambang PKR dijangka ‘memasukkan’ Tun Dr. Mahathir Mohamad ke hospital sebagai drama langkah terdesak mereka untuk meraih simpati rakyat.

Ia bakal dilakonkan pada saat akhir menjelang hari pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 9 Mei ini, dedah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika membongkarkan perkara itu berkata, Barisan Nasional (BN) telah menghidu strategi dan rancangan terdesak pembangkang itu sejak dari awal dan tidak terkejut jika ia benar-benar berlaku.

“Kami telah menghidu mereka merancang untuk Tun Mahathir dimasukkan ke hospital untuk meraih simpati daripada pengundi-pengundi beliau di kerusi Langkawi dan tempat lain.

“Saya harap pengundi-pengundi tidak terjebak dengan taktik ini yang jelas digunakan mereka hanya untuk meraih simpati pengundi terhadap calon pembangkang,” kata Ahmad Zahid.

Beliau yang juga calon BN kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri kenduri sekampung di Kampung Pasang Api dekat kawasan tersebut semalam.

Turut hadir ialah calon BN DUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Ahmad Zahid juga mendedahkan tindakan Mahathir mendakwa konon tayar pesawat yang ingin dinaiki bocor akibat disabotaj sehari sebelum proses penamaan calon juga dipercayai merupakan taktik untuk meraih simpati.

Beliau berkata, laporan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sendiri mengesahkan tiada sebarang unsur sabotaj berlaku selain pengesahan daripada syarikat penyedia pesawat tersebut.

“Jadi jelas sekali tindakan itu dibuat beliau (Mahathir) kerana mahu menagih simpati sehari sebelum penamaan calon yang kononnya kejadian itu berlaku bagi menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding.

“Kita pasti banyak lagi taktik lain akan digunakan selepas ini kerana kita kenal beliau, kita pernah berketuakan beliau,” katanya. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com