Tipu Rakyat, Beri Projek Pada Kroni Sendiri Antara Sebab Persatuan Pelancongan Langkawi Tolak Mahathir


ALOR SETAR - Persatuan Pelancongan Langkawi telah menggariskan beberapa dalil mengapa pengundi perlu menolak Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kawasan Parlimen tersebut esok.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zainudin Kadir, antara sebab yang pertama adalah, ketika era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), beliau telah menipu penduduk atau pemilik calet di Pulau Kok di sini.

Jelasnya, pada masa itu, kebanyakan penempatan calet telah diusahakan oleh anak Langkawi sendiri namun Dr. Mahathir telah membiarkan kawasan tersebut dimanopoli oleh sebuah syarikat selepas kerajaan pada masa itu membeli tanah di situ.

“Pada mulanya, kerajaan diketuai Dr. Mahathir berjanji dengan pemilik tanah untuk membangunkan kawasan itu untuk orang ramai beriadah. Tetapi sebaliknya apabila ia diambil dan dibayar dengan harga murah, kawasan itu dibiarkan dimonopoli oleh sebuah syarikat sehingga hari ini.

“Kita rakyat merasa tertipu dengan permainan Dr. Mahathir itu sehingga saat ini,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Online.

Dalil seterusnya pula berkaitan kawasan perniagaan laksa ikan sekoq yang begitu terkenal di kawasan ini.


Katanya, Dr. Mahathir telah memberikan kawasan itu untuk dimajukan oleh seorang individu bergelar Tan Sri namun sehingga hari ini tidak nampak langsung perubahan yang berlaku sebaliknya lokasi tersebut terus ketinggalan termasuk daripada aspek infrastruktur.

“Terdapat kira-kira 20 peniaga laksa ikan sekoq di kawasan tersebut dan mereka tidak mendapat kemudahan infrastruktur yang baik seperti mana yang dijanjikan oleh bekas Perdana Menteri itu satu ketika dahulu,” katanya.

Tambahnya, antara sebab lain adalah berkaitan beberapa isu seperti memindahkan Pusat Kawalan Satelit, di Gunung Raya ke Cyberjaya sehingga menyebabkan kawasan itu akhirnya terbiar dan tidak terurus.

Katanya lagi, beliau telah terlibat dengan sektor pelancongan di Langkawi ini sejak 31 tahun dan menyaksikan bagaimana pengurusan di pulau peranginan tersebut pada era Dr. Mahathir sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sejak Najib mengambilalih, banyak perubahan telah dilakukan khususnya dalam dasar keterbukaan dalam sektor pelancongan ini. Dulu juga bebas, tetapi kebanyakannya di kuasa oleh kroni-kroni sendiri,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyeru kepada pengundi supaya berfikir dengan wajar dalam membuat keputusan dalam pilihan raya ini dengan tidak terikut-ikut sentimen Dr. Mahathir yang hanya bersifat sementara. - Kedahnews.com

#TolakPakatan #TolakDAP #HapanPalsu #PakatanDAP #UndiBN #BersamaBN #KekalBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com