Tiong Lai Akui Bertanggungjawab Kekalahan MCA


KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai tidak akan bertanding dalam pilihan raya parti itu pada penghujung tahun ini.

"Saya akan mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan MCA dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan tidak akan bertanding untuk pilihan raya parti, yang disasarkan akan diadakan pada akhir tahun ini," katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Tiong Lai turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kemenangannya dalam pilihan raya ke-14.

Beliau juga mengucapkan Pakatan Harapan (PH) terbaik dalam membentuk barisan kabinet baru, dan memastikan MCA akan memainkan peranan sebagai pembangkang dalam menyediakan pemeriksaan dan keseimbangan untuk memantau kerajaan, dengan mementingkan rakyat.

"Saya menggesa ahli-ahli MCA untuk tetap bersatu dalam menghadapi cabaran masa depan untuk memastikan parti kekal stabil.

"Dalam sesi perbincangan (brainstorming) jawatankuasa pusat MCA yang akan datang, parti akan terus mengukuhkan kedudukannya dengan memberi tumpuan kepada program transformasinya, serta membincangkan arahan politik MCA."

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Liow kehilangan kerusi Parlimen Bentong kepada Wong Tack dari PKR.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com