Tidak Dibenarkan Beli Arak Di KLIA, Alicia Amin Kata Malaysia Mundur


KUALA LUMPUR – Alicia Amin, model tempatan yang juga salah seorang peserta Asia’s Next Top Model musim ke-5 sebelum ini sering mencetuskan kontreversi apabila tampil seksi dalam beberapa sesi fotografi.

Walaupun dikecam teruk, Alicia dilihat seperti tidak mudah melatah dengan kritikan netizen.

Terbaru, model itu sekali lagi menjadi perhatian di media sosial selepas memuat naik status meluahkan rasa tidak puas hati mengenai masyarakat muslim di Malaysia yang tidak dibenarkan untuk membeli minuman keras di Zon Bebas Cukai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lebih teruk Alicia menyifatkan tindakan itu sebagai gambaran bahawa Malaysia sebuah negara yang mundur.

“Saya baru tahu Muslim di Malaysia tidak dibenarkan membeli minuman keras di Zon Bebas Cukai di KLIA. Bagus, kita semakin mundur,” katanya.

Tweet tersebut ternyata mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengecam dan ada juga yang meluahkan rasa syukur apabila peraturan itu dilaksanakan khas untuk Muslim di Malaysia.


“Tukar je lah agama kalau nak hadap sangat minum. Bodoh,” kata Shahirarosli.

“Apa kata awak untuk peruntukkan 30 minit sebelum subuh buat tahajjud, istikharah dan minta bimbingan dari Allah. Sudah tentu DIA akan mendengar,” kata Faizal_Hassan.

Alicia sebelum ini mendedahkan pernah cuba membunuh diri pada awal tahun dan dimasukkan ke wad psikiatri.

Sumber -Malaysiagazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com