Tiada Perubahan Dalam Projek ECRL, Kata Duta China


Belum ada perubahan dibuat setakat ini ke atas projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Beliau berkata projek itu sudah bermula dan kini berjalan lancar dengan kontraktor utama, China Communications Construction Company Ltd, bekerja rapat dengan pemilik projek, Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada perubahan dalam projek ECRL," katanya pada sidang media selepas melawat anak kedua pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, di Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi di Zoo Negara hari ini.

Sebelum ini Kerajaan Pakatan Harapan mahu mengkaji semula semua projek mega asing bagi membantu mengurangkan perbelanjaan dan hutang negara. Antara projek tersebut ialah ECRL sepanjang 688 km, menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu, yang dianggarkan menelan belanja kira-kira RM55 bilion, dan dijadual siap pada 2024.





Bai berkata beliau menemui Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis, dan Perdana Menteri memberi jaminan mengenai prospek kerjasama lebih luas antara Malaysia dan China.

"Kami merasakan kerajaan baharu Malaysia mengutamakan hubungan penting Malaysia-China dan banyak kemungkinan lain."

"Kami yakin Malaysia dan China akan mempunyai pembangunan yang lebih besar," katanya dan menambah hubungan Malaysia-China akan terus makmur di bawah kerajaan baharu.

Bai berkata China dan Malaysia sudah menikmati hubungan dua hala yang baik sejak 44 tahun yang lepas, termasuk 22 tahun semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri sebelum ini (1998?2003).



Seperti mana yang dilaporkan oleh Bernama, Duta China itu  berkata hubungan baik akan terus dikekalkan tanpa mengira perubahan yang berlaku dalam negara di kedua-dua negara atau dunia.

Projek ECRL  itu yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal mengubah lanskap ekonomi di kawasan pantai timur selain memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk.


Menurut Najib menjelang tahun 2030, seramai 5.4 juta pengguna dan 53 juta tan kargo akan dianggar menggunakan perkhidmatan ECRL setiap tahun sebagai mod pengangkutan utama antara Pantai Barat dan Pantai Timur.


Bagaimanapun projek yang amat diperlukan oleh penduduk Pantai Timur  telah mula diserang pihak pembangkang sebelum ini khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad, iairu  sejak November lepas.

Projek bernilai RM55 bilion ini ditohmah sebagai negara telah digadai kepada China apabila China bersetuju melabur ke Malaysia.

Baru-baru ini Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan, Tun Daim Zainuddin pula berkata, nilai sebenar projek yang dinyatakan kerajaan sebelum ini adalah tidak tepat.

Kata bekas Menteri Kewangan itu kos sebenar projek ECRL adalah melebihi daripada RM66 bilion.iitu tambahan sebanyak RM11 bilion - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com