Tiada Berlaku Proses Pengiraan Undi Awal Di Bagan Datuk


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan kononnya berlaku proses pengiraan undi awal di Parlimen Bagan Datuk, Perak selepas selesai pengundian awal, kelmarin.

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, semua proses pengiraan undi awal hanya dilakukan bermula 4 petang pada hari mengundi biasa Rabu ini, di pusat pengiraan ditetapkan SPR.

Katanya, sebelum proses pengiraan awal dibuat, semua pihak berkepentingan terutama calon bertanding akan dimaklumkan secara rasmi oleh SPR untuk hadir dan menyaksikan proses pengiraan undi awal.

“Siasatan SPR mendapati, petugas pilihan raya mematuhi semua prosedur ditetapkan iaitu sebaik waktu pengundian awal ditutup tepat 5 petang, petugas SPR mengemas dan memateri peti undi awal di hadapan semua ejen calon bertanding dan membawa peti undi ke tempat simpanan di Balai Polis Hutan Melintang.

“Bagaimanapun, ketika proses penyimpanan peti undi awal, berlaku kacau ganggu oleh sekumpulan individu termasuk calon parti bertanding terhadap urusan penyimpanan peti undi awal itu, kononnya berlaku penyelewengan oleh petugas SPR,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Suara TV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com