Terengganu Mahu Jumpa Tun M Isu Royalti Minyak


KUALA NERUS - Kerajaan PAS Terengganu sedang menunggu masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi membincangkan pemberian 20 peratus royalti minyak kepada negeri ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pihaknya mewakili seluruh rakyat Terengganu sangat mengalu-alukan pengumuman oleh Dr Mahathir yang tersebar secara meluas di media sosial, semalam.

"Bagaimanapun, perkara ini hanya diketahui melalui media sosial, bukannya secara langsung daripada Kerajaan Persekutuan atau Perdana Menteri sendiri.

"Kita sedang menunggu untuk mengadakan pertemuan dan pihak Tun (Dr Mahathir) berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Ramadan Batu Enam, di sini, semalam.

Ahmad Samsuri berkata, berita baik itu satu perkembangan positif dalam hubungan dua hala antara kerajaan negeri dan pusat.

Mengulas cadangan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, yang menawarkan diri sebagai wakil dalam rundingan antara dua pihak berkaitan isu berkenaan, Ahmad Samsuri berkata, ia tidak relevan.

"Apa yang penting ketika ini adalah kerjasama telus antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Mana-mana pandangan orang perseorangan adalah pandangan peribadi individu itu sendiri," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com