Tempoh Berkempen Umpama Waktu Ulangkaji Bagi Calon BN Dun Gurun


ALOR SETAR - Calon BN bagi Dun Gurun, Datuk Boey Chin Gan merasakan tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) umpama minggu ulangkali buat dirinya.

Hal ini kerana, waktu yang singkat itu sangat berharga buat calon bertanding bagi menyatuni rakyat di kawasan mereka.

Jelasnya, sejak dilantik sebagai penyelaras Dun Gurun pada tahun 2016 beliau telahpun mula melakukan kerja-kerja menyantuni rakyat Gurun.

"Setiap minggu saya akan turun padang mendekati masyarakat, minum kopi bersama mereka dan juga menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan," katanya memetik Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di dalam majlis 'Labour Day Gurun Ride, di Balai Bomba sukarela Gurun, semalam.

Tambah Boey, beliau juga yakin penduduk di sekitar Gurun telah pun mengenalinya dan akan mempertahankan kerusi Dun Gurun kerana kebanyakan masyarakat di situ memerlukan bantuan kerajaan.

"Mereka perlu memberikan sokongan kepada BN bagi memastikan mereka dapat menikmati kesenangan yang mereka rasai sekarang ini," ujarnya.

Kata Boey, Dun Gurun ini sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai pembangunan industri.

"Kita akan bawa masuk pelabur ke kawasan Gurun bagi memastikan ekonomi dapat ditingkatkan dengan baik," katanya.

Sementara itu, Boey turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan yang meletakkan dirinya sebagai calon bagi PRU14 dan berjanji akan buat yang terbaik untuk rakyat Gurun. - Kedahnews.com

#BersamaBN
#UndiBN
#HebatkanNegaraku
#KekalBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com