Tabung Kecemasan RM1 Juta Bagi Penduduk Padang Serai, Kulim Jika BN Menang


ALOR SETAR - Calon BN Parlimen Padang Serai, Datuk Dr Leong Yong Kong bakal mewujudkan tabung bantuan kecemasan yang memperuntukan permulaan sebanyak RM1 juta demi faedah pengundi Parlimen Padang Serai sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Tabung kecemasan itu bertujuan bagi menghulurkan membantu secara pantas kepada penduduk yang menghadapi musibah dan berpendapatan kecil di kawasan tersebut.

"Selama tiga tahun saya turun padang di kawasan ini, saya selalu mendengar pelbagai rintihan serta aduan daripada penduduk yang terpinggir selama dua penggal akibat wakil rakyat sedia ada gagal memberi komiten yang diamanahkan.

"Disebabkan itu, saya mengambil inisiatif ingin mewujudkan tabung bantuan kecemasan itu memandangkan rata-rata penduduk di sini yang berkeluarga menerima pendapatan secara harian serta ada yang hanya bekerja sambilan," katanya. 

Beliau berkata demikian memetik Bernama pada program ramah mesra bersama masyarakat India di Taman Sepilai, di Kulim, semalam.

Ujarnya, beliau amat prihatin dengan kesempitan hidup dan keluarga yang hilang punca pendapatan setelah jatuh sakit atau sebagainya sehingga memaksa mereka mengemis bantuan daripada adik beradik atau pemimpin setempat bahkan ada juga yang mencari jalan mudah membuat pinjaman dengan along.

"Memang diakui ada yang menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemberian bantuan secara sekali bayar namun tempoh masa dan prosedur mendapatkan bantuan kadang kala mengambil masa.

"Jadi disebabkan itu, saya terfikir untuk menubuhkan tabung bantuan kecemasan ini jika diberi mandat sebagai Ahli Parlimen di sini selain pengundi turut memberi kemenangan kepada calon DUN (Dewan Undangan Negeri) Merbau Pulas dan Lunas," katanya.

Perkembangan pengundi, beliau amat positif setelah melihat sokongan masyarakat India kepada BN malah melihat perubahan ketara penerimaan kaum tersebut terhadap dirinya sejak tiga tahun lalu.

Pada PRU13, kerusi Parlimen Padang Serai disandang oleh N. Surendran dari PKR dengan majoriti 8,437 undi.

Pada PRU14, Leong akan dicabar oleh dua lagi calon iaitu M. Karupaiya dari PKR dan calon PAS, Muhammad Sobri Osman. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com