Sultan Selangor Murka, Nafi Pengaruh Agong


SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka laporan tidak benar mendakwa baginda mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam pelantikan Perdana Menteri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda dalam titahnya tidak sama sekali mempengaruhi Sultan Muhammad V.

"Baginda kesal dengan laporan tidak benar yang sedang viral di media sosial mengaitkan baginda dengan pelantikan jawatan perdana menteri.

"Baginda sekali lagi ingin mengingatkan rakyat supaya tidak mudah mempercayai berita-berita palsu di internet atau media sosial yang bertujuan mewujudkan ketegangan antara pihak istana Kerajaan Negeri atau Persekutuan dan mengganggu gugat keharmonian rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com