Suami Datin Seri Umie Aida, Bertanding Di Parlimen Jasin


SELAIN suami pelakon Zizie Izette, Datuk Bung Mokhtar Radin yang merupakan calon kerusi Parlimen Kinabatangan, Sabah, dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu depan, Datin Seri Umie Aida juga menjadi perhatian atas sebab yang sama.

Suami pelakon yang kini sedang hangat dengan filem Dukun ini iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bakal bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Jasin, Melaka.

Bagaiamanpun, Khairuddin yang merupakan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat menegaskan beliau tidak akan menggunakan populariti isterinya itu untuk memancing undi.

“Saya akui ada tempat yang orang kenal dan ada yang tidak kenal saya. Tetapi menjadi suami kepada pelakon adalah anugerah buat saya.

"Dia (Umie) orang seni, saya orang politik, jadi biarlah orang kenal saya sebagai orang politik," katanya yang dipertik daripada  sebuah akhbar  baru-baru ini.

Khairuddin yang merupakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan kini bertanding sebagai calon PKR.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com