Siti Sarah, Shuib Tunai Umrah Bersama Buat Kali Pertama


PASANGAN selebriti terkenal, Siti Sarah dan Shuib meluahkan rasa syukur apabila impian mereka untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah akhirnya dimakbulkan.

Menurut pemilik nama sebenar Siti Sarah Raisuddin itu, dia pernah ke Makkah kira-kira 13 tahun lalu bersama ahli keluarga namun ini adalah pengalaman pertama untuk Shuib.

“Ketika ke sana dahulu, saya masih terlalu muda dan tidak tahu apa-apa. Kali ini perasaan itu berbeza. Saya agak gementar dan dalam masa sama begitu teruja untuk lihat Tanah Suci sekarang.

“Lebih mengujakan apabila saya dapat pergi bersama-sama dengan suami untuk kali pertama,” ujarnya dipetik daripada sebuah portal Online, hari ini.

Sementara itu ditanya mengenai doa dan harapan, Sarah dikatakan enggan berkongsi mengenai doa yang ingin dipanjatkan sepanjang mengerjakan ibadah umrah.

“Sudah pasti saya akan mendoakan kesejahteraan semua orang dan keamanan negara kita. Selebihnya, terlalu peribadi untuk saya kongsikan,” ujar Sarah ringkas.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com