Shahanim Mahu Terus Bantuan Wanita, Golongan Susah Di Sungai Petani


ALOR SETAR – Calon wanita Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff komited mahu memastikan nasib serta masa depan wanita terutama golongan ibu tunggal dan kurang bernasib baik di kawasan itu terus dibantu.

Beliau berjanji akan berusaha bagi meningkatkan kehidupan golongan wanita jika negeri ini menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Jelasnya hanya parti dilihat memberi prihatin dan kebajikan pada golongan berkenaan sehingga membolehkan suara mereka dibawa ke Dewan Rakyat.

“Biasanya, pemimpin parti pembangkang bila menang dalam pilihan raya tidak akan berada di kawasan masing-masing.

“Mereka sukar ditemui untuk minta bantuan dan kitalah yang banyak membantu dan memberi bantuan bila berlaku kes kebakaran, ribut, banjir dan lain-lain,” katanya memetik Utusan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Kem Kesihatan 2018 di Dewan Kawasan Rukun Tetanggan (KRT) Kampung Pengkalan Lebai Man di Sungai Petani, semalam.

Tegas Shahanim, jika rakyat terus memberi mandat dan memilih BN pada 9 Mei ini di Parlimen Su­ngai Petani, nescaya para penduduk di situ bakal menerima pelbagai manfaat yang disediakan BN.

“Di Parlimen Sungai Petani terdapat 112,000 pengundi pelbagai kaum dan dari jumlah itu, 52 peratus adalah kaum wanita. Sebagai calon wanita saya mampu untuk menolong mereka tanpa mengenal erti jemu dan bosan.

“Lagipun, bila calon wanita BN dari Parlimen Sungai Petani menang, ia adalah satu kejayaan besar untuk kaum wanita sendiri,” katanya.

Shahanim juga mahukan kemenangan BN di kerusi Parlimen agar dapat membawa lebih banyak pembangunan termasuklah pembinaan institut pengajian tinggi (IPT) dapat dilaksanakan nanti. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com