Seramai 437 Ahli PPBM Kubang Pasu Keluar Parti Kecewa Mahathir Pendendam, Hina Agama


ALOR SETAR – Tindakan 437 ahli PPBM yang sebelum ini digantung pendaftaran mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta merta ekoran kecewa dengan sikap Pengerusi Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat semakin melampaui batas, bersifat penuh sifat dendam dan sering menyebarkan fitnah.

Timbalan Ketua Penerangan PPBM Kubang Pasu, Ab. Manaff Kechik yang merupakan wakil kumpulan itu berkata, kesemua mereka dengan rela hati melepaskan jawatan itu  tanpa sebarang paksaan mahupun desakan pihak tertentu.

“Saya dengan rela hati menarik diri sebagai pencadang kepada calon PKR Parlimen Kubang Pasu, Datuk lr. Amiruddin Hamzah dan tindakan ini dilakukan secara rela hati,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha UMNO Bahagian, Datuk Samsudin Ahmad, di Kubang Pasu, semalam memetik Utusan.

Kekecewaan jelas terpancar di wajar mereka susulan perjuangan Mahathir yang melampaui batas dalam politik serta boleh menjejaskan orang Melayu dan Islam ekoran sikapnya kini yang sering mempersendakan agama.

“Perjuangan Mahathir sudah melampaui batas, bersifat peribadi dan dendam yang boleh menghancurkan perpaduan orang Melayu dan orang Islam di negara ini.

“Kami rasa sangat kecewa dan mengisytiharkan keluar parti dan akan menyokong Barisan Nasional serta memastikan kemenangan calon BN di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam pada itu, Ab. Manaf memberitahu, pihaknya akan membukti kesetiaan kepada UMNO dengan melakukan kempen dan berceramah atas pentas Barisan Nasional hingga tamat tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com