Senior Balasah Pelajar Tahfiz, Paksa Tidur Dalam Bilik Air


KUALA LUMPUR – Empat pelajar senior sebuah pusat tahfiz di Shah Alam, ditahan polis semalam, selepas dipercayai membelasah seorang murid yang dikatakan mencuri barangan mereka.

Sehubungan itu, keempat-empat pelajar pusat tahfiz di Seksyen 7 berusia antara 14 hingga 17 tahun itu, didakwa memukul, menumbuk dan mencampak mangsa berusia 11 tahun ke lantai dalam sebuah bilik asrama sebagai hukuman, awal pagi kelmarin.

Sementara itu, pelajar senior terbabit dikatakan turut memaksa mangsa tidur di bilik air yang dikunci dari luar sebelum dibuka menjelang waktu Subuh.

Lalu, mangsa mengadu mengenai kejadian berkenaan kepada ibunya sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai banyak kesan lebam dan kecederaan dalaman.

Sehubungan itu, ibu mangsa membuat laporan polis sebelum empat pelajar senior terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, semua suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

“Empat pelajar senior itu dibebaskan malam tadi selepas diambil keterangan,” katanya.

Sumber: Suara TV 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com