Semoga Allah Bimbing Datuk Seri - Faizal Tahir


KUALA LUMPUR – Pelbagai dakwaan skandal yang sedang menimpa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuatkan penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir tampil berkongsi perasaannya.

Penyanyi lagu Gemuruh  itu membuat luahan tersebut dalam satu ruang komen gambar di akaun peribadi Najib apabila berharap dan mendoakan beliau sentiasa berada dalam bimbingan Tuhan.

“Semoga Allah membimbing anda, Datuk Seri. Dalam diri setiap individu pasti ada nilai kebaikan dan sudah pasti anda juga ada sisi kebaikan itu.

“Bagaimanapun, kita juga memerlukan ruang untuk bermuhasabah dengan apa yang kita sudah lakukan dalam hidup. Anda sudah pun menjalankan peranan kamu sebelum ini,” kata Faizal.


Gambar di akaun peribadi Najib yang menunjukkan bekas pemimpin nombor satu negara itu sedang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru baru-baru ini.

“Marilah kita sama-sama beringat, tiada siapa di muka bumi ini yang sempurna, terutamanya diri saya.

“Allah sentiasa ada untuk memaafkan hamba-Nya. Kerana pada akhirnya, anda bukan sesiapa tanpa Allah SWT. Doa saya mengiringi Datuk Seri,” tambah Faizal. 

Sumber: MalaysiaGazette


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com