Selamba Berjemur Atas Jalan Kerana Kesesakan


SEKUMPULAN wanita di Britain telah menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berjemur selepas jalan berkenaan sesak selama dua jam akibat kemalangan yang melibatkan sebuah lori.

Tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain yang berada di dalam kenderaan masing-masing, wanita terbabit dengan selamba meletakkan kain dan berjemur di atas jalan di Greater Manchester.

Salah seorang daripadanya ialah Lily Willetts, yang dalam perjalanan ke Blackpool bersama dengan pasangannya, Sam Wadsworth.

Apa yang mengejutkan Lily ialah bukan dia sahaja yang berjemur sebaliknya ada beberapa pemandu lain turut menggunakan peluang yang ada untuk berbuat perkara sama.

“Kami nampak asap dari lori tangki itu dan ia merupakan kemalangan yang terburuk pernah saya lihat. Kami berharap pemandunya selamat,” katanya. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com