Sanggup Tatu Jersi Baju Kelab Bola Sebab Minat


MINAT yang mendalam terhadap pasukan bola sepaknya telah mendorong seorang lelaki untuk mencacah tatu jersi pasukan kegemarannya di badannya.

Bagi tujuan itu, Jose Mauricio dos Anjos dari Brazil, terpaksa melalui 32 sesi mencacah tatu yang menyakitkan.

Akhirnya, replika baju jersi kelab Flamengo itu, siap sepenuhnya di badan Jose, pada beberapa hari lepas.

Disebabkan itu, dia yang berusia 33 tahun, kini menjadi selebriti di Rio de Janeiro.

“Orang bertanya saya tidakkah nampak pelik kerana setiap hari saya akan pakai baju Flamengo? Saya jawab tidak, kerana bagi saya ia adalah normal,” katanya.

Menurut Jose, dia memang berhasrat untuk melakukan sesuatu bagi memberikan penghargaan kepada kelab bola sepak berkenaan dan itulah salah satu cara untuk melakukannya..

Untuk mencacah tatu itu, Jose terpaksa menjual motorsikalnya namun sebaik sahaja dia melalui proses pertama, tukang cacah tatu menawarkan untuk melakukannya secara percuma.

Selepas siap di bahagian depan badan, dia menyambung di bahagian belakang termasuk mencacah nombor `10′ iaitu sebagai penghargaan kepada pemain bola sepak idola Jose iaitu Zico.

Jose memberitah, dia tidak menyesal melakukannya malah dia berpeluang bertemu dengan idolanya Zico pada bulan Disember tahun lepas.

“Zico terkejut dan menyentuh tatu itu kerana mahu memastikan ia bukannya lukisan. Saya juga meminta tandatangan Zico dan kemudian mencacah tandatangan itu di badan saya,” kata Jose yang berazam untuk melakukan lebih banyak tatu untuk pasukannya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com