Saintis 104 Tahun 'Mengembara Ke Switzerland Untuk Mati'


SYDNEY - AUSTRALIA. Saintis berusia 104 tahun, Dr David Goodall, semalam memulakan 'pengembaraan' untuk menamatkan hidupnya.

Ahli ekologi dan ahli botani itu bagaimanapun tidak menghidap sebarang penyakit serius.

"Saya tidak gembira. Saya mahu mati. Ia bukan perkara yang sedih. Apa yang menyedihkan adalah apabila 'hasrat' itu dihalang," katanya.

Difahamkan, beliau akan menghabiskan masa selama beberapa hari bersama keluarga di Bordeaux, Perancis sebelum terbang ke Switzerland di mana Goodall dijangka menamatkan hidupnya pada 10 Mei ini.

"Saya terpaksa pergi ke Switzerland untuk 'membunuh diri' kerana sistem di Australia melarang tindakan seperti itu," ujarnya lagi.

Goodall turut ditemani rakannya, wakil kumpulan Exit International, Carol O'Neill.

Ahli akademik kelahiran London itu tinggal bersendirian di sebuah flat kecil di Perth, Australia Barat.

Antara pencapaian beliau adalah menyunting siri buku 30 volume berjudul Ecosystems of the World dan menjadi anggota sebuah pertubuhan di negara itu untuk kerja saintifiknya.

Pada 2016 ketika Goodall berusia 102 tahun, beliau berjaya mengekalkan jawatannya sebagai penyelidik kehormat di kampus Universiti Edith Cowan di Perth, namun tidak dibayar gaji. - Agensi       

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com