SADA Beroperasi 24 Jam Selama Empat Hari Sempena PRU14


ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan beroperasi 24 jam selama empat hari bermula 7 hingga 10 Mei ini bagi memastikan kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam satu kenyataan hari ini, SADA memaklumkan pihaknya bersedia dari aspek teknikal dan logistik bagi menghadapi segala kemungkinan sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan air yang melibatkan kes kecemasan serta di luar jangka.

SADA juga mengambil inisiatif meletakkan pegawai perhubungan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini bagi menyelaras segala permasalahan serta aduan sepanjang tempoh berkempen serta pada hari pengundian, 9 Mei ini.

Sebarang maklumat atau aduan, pengguna boleh menghubungi pusat informasi SADA di talian 1-300-88-0017. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com