RM1.5 Bilion Pembangunan Dibawa Masuk Ke Baling Termasuk Pembinaan UiTM, Masjid Dan Hospital Pakar


Tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Baling akan dijadikan hub dalam sektor tertentu dalam usaha membangunan ekonomi penduduk di kawasan berkenaan. Kawasan DUN Bayu akan dijadikan hub untuk rekreasi, Kuala Ketil (hub industri) manakala Kupang pula akan menjadi pusat pertanian.

Penyandang Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim berkata, DUN Bayu dipilih sebagai pusat rekreasi kerana terdapat kawasan air terjun dan hutan yang masih terpelihara.

“DUN Kupang pula akan dijadikan pusat pertanian di mana pisang, halia, jagung, tebu dan labu sesuai untuk ditanam di situ. Kita juga telah mengenalpasti kawasan-kawasan untuk penanaman berkenaan.

“Sementara Kuala Ketil pula akan dibangunkan sebagai hub industri. Ini adalah indikator atau KPI untuk setiap DUN,” kata Azeez ketika ditemui di Baling, malam tadi.

Selain itu, beliau berkata, sejak PRU-13 lalu, sebanyak RM1.5 bilion pembangunan telah dibawa masuk ke kawasan Baling menerusi pembinaan sebuah masjid, cadangan pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan hospital pakar.

“Dengan pembinaan UiTM ini, ia akan memberikan peluang kepada anak Baling untuk melanjutkan pelajaran. Kita minta 30 peratus anak-anak Baling dapat diserapkan di UiTM itu. Kita mahu menjadikan pendidikan sebagai teras utama di Baling.

“Alhamdulillah segala KP1 pada PRU-13 dapat diselesaikan,” katanya.

Azeez juga memberitahu, pihaknya mahu memfokus kepada isu perumahan dengan 6,000 rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan setakat ini sebanyak 1,000 rumah telah diluluskan dan ia akan diberikan kepada penduduk menerusi sewa beli.

Mengenai aspek insaniah pula, katanya, satu jawatankuasa membasmi dadah telah dibentuk dengan penagih-penagih akan dihantar ke pusat pengajian di Indonesia.

“Sebanyak 2,000 penagih telah dikenalpasti dan 60 peratus daripada mereka sudah berumah tangga. Kita tidak mahu masa depan mereka musnah, jadi kita lakukan sesuatu dan beri mereka peluang membina semula masa depan. Apabila mereka balik ke Baling, mereka boleh menjadi imam dan penceramah,” katanya.

Apa yang penting, katanya, pembangunan di sini turut dikongsi oleh semua pihak termasuk pembangkang. Malah di Baling, orang UMNO dan PAS boleh duduk semeja dan itulah semangat yang diperlukan, bukan seperti Pakatan Harapan yang datang ketika musim pilihan raya kemudian menghilangkan diri.

“10 tahun saya di sini dan kami dah sebati dengan penduduk. Rakyat kena bagi kepercayaan pada kami. Kita tidak mahu penduduk di sini ketinggalan.

Sumber: Suaratv

#JomBN
#BersamaBN
#Harapanpalsu

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com