Remaja Palestin Mati Ditembak Tentera Israel


GAZA – Seorang remaja Palestin yang ditembak tentera Israel dalam pertempuran di sempadan Gaza maut akibat kecederaan semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Jamal Afana, 15, ditembak di bahagian kepala, ketika pertempuran di sepanjang sempadan Israel berhampiran Rafah, selatan Gaza, kelmarin, kata kementerian yang dikuasai Hamas.

Setakat ini, jumlah penduduk Palestin terkorban meningkat kepada 54 orang, sejak tunjuk perasaan di sepanjang sempadan Israel bermula pada 30 Mac lalu. Namun, tiada warga Israel cedera.

Tunjuk perasaan lebih besar di sepanjang sempadan dijangka esok berikutan majlis perasmian pembukaan kedutaan kontroversi Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis. – AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com