Ramadan: UTC Ubah Waktu Operasi Demi Pekerja


KUALA LUMPUR - Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara akan beroperasi mengikut waktu operasi yang baharu, sepanjang bulan Ramadan bermula 16 Mei hingga 17 Jun ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan semalam memaklumkan perubahan waktu operasi berkenaan adalah bagi menjaga kebajikan petugas UTC pada sepanjang bulan puasa sambil pada masa yang sama tidak menjejaskan perkhidmatan kepada rakyat.

“UTC di Semenanjung akan beroperasi setiap hari (Isnin  hingga Ahad) bermula 8.30 pagi hingga 5 petang manakala waktu operasi UTC di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula bermula 8 pagi hingga 4.30 petang, setiap hari," demikian menurut kenyataan itu.

Perubahan waktu operasi berkenaan membabitkan  14 UTC di Semenanjung dan masing-masing tiga di Sabah serta  Sarawak dan  satu di Labuan. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com