Rakyat Malaysia Paling Ramai Tonton Iklan Dalam Talian


KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia paling ramai menonton iklan dalam talian mengatasi negara lain di rantau Asia Tenggara, menurut laporan separuh kedua 2017 Integral Ad ­Science (IAS).

Pengarah Urusan IAS SEA, Niall Hogan berkata, Malaysia men­­catatkan kadar pengguna yang melihat paparan iklan menerusi komputer sebanyak 68.7 peratus berbanding Singapura 64.5 peratus.

Jelas beliau, jumlah itu mengatasi penanda aras di pe­ringkat serantau iaitu 58.9 peratus dan glo­bal (55.8 peratus).

“Hasil kajian ini jelas menunjukkan potensi pengiklanan digital di Malaysia. Para pengiklan perlu mengeluarkan lebih peruntukan untuk mengiklankan produk mereka.

“Walaupun media tradi­sional masih menguasai pasaran iklan, namun dengan usaha industri yang berani mengambil risiko dan memperbaiki jumlah tontonan tidak mustahil ia akan berjaya. Kami berpendapat perbe­lanjaan iklan di media digi­tal Malaysia akan berkembang pesat,” katanya da­lam kenya­taan di sini baru-baru ini.

Tambah Hogan, persekitaran dalam talian di Malaysia adalah yang paling selamat bagi risiko kese­lamatan jenama.

Katanya, Singa­pura berada di kedu­dukan kedua sementara Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam mempunyai risiko yang lebih tinggi berikutan merekodkan skor mele­bihi penanda aras di Asia Tenggara dan global.

Menurutnya lagi, Singapura dan Hong Kong mempunyai kadar penipuan pengiklanan dalam talian paling tinggi de­ngan masing-masing menca­tatkan 20.7 peratus dan 14 ­pe­ratus.

“Masalah ini disebabkan oleh penipuan iklan akan mencari peluang untuk iklan digital dan menjadi lebih aktif dalam pasaran lebih maju.

“Dengan melihat data sendiri dalam pasaran berbeza akan dapat mengenal pasti masalah dan membuat perubahan besar de­ngan meningkatkan kecekapan selain dapat menjimatkan kos,” kata ­beliau.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com