Rakyat Kedah Tolak Manifesto PH Kerana Tiada Manfaat Bagi Mereka


ALOR SETAR – Meskipun telah memasuki hari kelima kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun manifesto pembangkang di negeri Kedah dilihat masih gagal memikat hati masyarakat umum.

Rata-rata mereka menyifatkan manifesto Pakatan Harapan (PH) langsung tidak membawa sebarang manfaat dan tidak memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat di negeri itu.

Memetik Bernama, kebanyakan masyarakat kecewa dengan manifesto pembangkang yang jelas gagal menyaingi janji yang dibuat Barisan Nasional (BN) untuk PRU kali ini.

“Semua kempen parti-parti ini saya akan pergi untuk dengar apa yang mereka nak buat dan bawa untuk rakyat Kedah jika memerintah. Sayangnya apabila diamati manifesto PH semuanya biasa-biasa seperti ketandusan idea.

“PH turut gariskan beberapa janji, contohnya menilai penglibatan anggota politik dalam Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), adakah ini memberi impak besar kepada semua lapisan masyarakat? ini yang saya maksudkan tidak selaras dengan keperluan semua,” kata pesara sektor pendidikan Mohd Lathif Abd Rahman, 66.

Kegagalan PH untuk menyediakan sesuatu yang tidak boleh ditandingi itu dapat dirumuskan sebagai ‘tewas sebelum berperang’ ekoran beberapa manifesto mereka telah dilaksanakan oleh kerajaan BN, khususnya melibatkan sektor pertanian.

Bahkan ada juga diantaranya menceduk semula isi manifesto BN yang dibentangkan, tindakan itu jelas menggambarkan mereka gagal menyediakan sesuatu buat rakyat situ.

Bagi seorang peniaga, Siti Norlina, 44, dia berpuas hati dengan manifesto BN yang menyentuh keadaan semasa serta selain memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat seperti projek perumahan rakyat, peluang pekerjaan, jaringan perhubungan dan penambahbaikan prasarana serta meningkatkan kualiti pendidikan tanpa menyisihkan penduduk kawasan luar bandar.

“Dalam soal ini saya rasa masyarakat perlu rasional. Amat jelas BN menawarkan apa yang rakyat inginkan berbanding PH yang menjanjikan manifesto tidak realistik yang tidak mendahulukan keutamaan yang lebih penting kepada rakyat.

“Misalnya PH ingin perkenalkan Mahkamah Syariah secara bergerak serta tubuhkan pasukan petugas bagi menyelesaikan masalah tanah. Saya tidak rasa keperluan ini yang utama dalam keadan sekarang, malah kerajaan juga sudah lama sediakan alternatif untuk masalah melibatkan Mahkamah Syariah dan tanah,” katanya.

Sementara itu, seorang peladang dan pesawah Mohd Rahmat Ali, 50, Manifesto PH sudah letinggalan zaman kerana mahu memperkenalkan konsep pertanian domestik, sebaliknya BN telah membawa sektor pertanian ke suatu tahap lebih tinggi.

“Petani sudah ramai yang terdedah dengan teknologi dan pendekatan pertanian moden yang mampu menembusi pasaran antarabangsa. Kerajaan juga beri galakan inovasi pertanian melalui produk hiliran yang bermutu,” katanya.

Rakyat Kedah lebih tertarik dengan tawaran kerajaan yang bakal menyediakan pelbagai insentif termasuk pinjaman kewangan, geran sepadan selain bimbingan intensif pertanian moden, sedangkan pembangkang yang mahu menggalakkan pertanian domestik seakan mengajak petani menggunakan kaedah 20 tahun lalu.

Bagi Mohammad Shaifulakmal Ibrahim, 30, lulusan Sains Sosial dan Kemanusiaan sebuah universiti tempatan, sejak dari dahulu PH sememangnya tidak jelas mengenai hala tuju inti pati manifesto dan bagaikan tidak memahati situasi semasa dan keadaan sosial setempat.

“Buat manifesto sekadar melepas batok di tangga…sambil lewa seperti tidak langsung punyai kejujuran atau kemahuan​​​​ untuk mengotakan apa yang mereka janjikan selepas berkuasa nanti. Jika kita singkap kembali negeri Kedah 20 tahun sebelum ini, apa yang ada? BN benar-benar sudah bawa keselesaan,” katanya. - Kedahnews.com


#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com