Rakyat Akan Hukum Mahathir Kerana Sapu Bersih Tanah Langkawi!


ALOR SETAR - Pengundi di kawasan Langkawi pasti 'terbeliak' mata dan terjaga dari mimpi indah tatkala mengetahui isu ketirisan pajakan tanah Lembaga Pembangunan Langkawai (LADA) yang membabitkan salah guna kuasa tokoh pembangkang 'kesayangan' mereka, Tun Mahathir Mohamad.

Bukannya satu tetapi tiga dokumen pajakan antara tempoh 30 tahun hingga 90 tahun tersebar di laman sosial pastinya mengejutkan seluruh rakyat Malaysia terutama sekali 'penyokong' Mahathir sendiri.

Penyalahgunaan kuasa tersebut sekali gus membuktikan Mahathir berjaya eksploitasi kedudukannya sebagai Penasihat LADA ketika itu.

Sudahlah mendapat caj premium dengan harga yang sangat rendah, agenda Mahathir yang kononnya mahu mengusahakan 'pertanian' bertujuan komersil tetapi hakikatnya mahu membela lembu dan kuda yang mampu meraih untung besar dalam jangka masa panjang, jelas membuktikan beliau lebih mementingkan diri dan kroni-kroninya dalam pembangunan tanah Langkawi.

Ewah... Ewahhhhh Langkawi ni milik dia seorang ke?!

Di bawah merupakan laporan eksklusif dan bukti- bukti dokumen Mahathir, 92, menyalah guna kuasanya sebagai Penasihat LADA 2003-2016 demi kepentingan diri:

PERTAMA

Dokumen Pajakan Tanah Lima Lot di Kuah, Langkawi.

Dokumen bertarikh 27 Julai 2011 yang ditujukan pada Pengurus Besar LADA, diluluskan seluas empat ekar dengan caj yang murah!

Tidak munasabah, selaku Penasihat LADA, Mahathir meminta kadar caj pajakan hanya RM20 seekar setahun. Lebih teruk, pakejnya selama 30 tahun!

KEDUA

Satu lagi dokumen tersebar mengenai pajakan tanah di Mukim Ayer Hangat.

Dokumen bertarikh 11 September 2014 itu mendedahkan, Mahathir memperolehi Lot Tanah PT537 dengan harga pajakan murah selama 60 tahun.

Secara matematik, berdasarkan premium pajakan RM192,500.00 yang dikenakan untuk tempoh 60 tahun, kos pajakan hanyalah RM3,208.00 setahun.

Lot tanah itu diberikan kepada syarikat Cipta Selaras Sdn. Bhd. yang Mahathir antara pemegang sahamnya.

KETIGA

Dokumen ketiga lebih mengejutkan, membabitkan tanah di Teluk Ewa yang dipajak kepada Mahathir selama 90 tahun.

Ia menjadikan status pajakan tanah seluas 40 ekar ini sebagai pajakan paling lama tempohnya.

Pajakan itu membabitkan lot-lot tanah PT208 dan PT210.



Aduhai Mahathir, patutlah Langkawi kononnya jadi 'kawasan selamat' beliau untuk bertanding, rupa-rupanya awal-awal lagi kau dah SAPU SEMUANYA! - Kedahnews.com

#HarapanPalsu 
#HarapanBohong
 #TolakDAP 
#PakatanDAP 
#SinsofMahathir          
#DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com