Rafizi Disaran Ikut Saluran Betul - Khairuddin


KUALA LUMPUR - Rafizi Ramli dinasihatkan tidak mengikut selera sendiri dan membuat sebarang kenyataan mengenai isu pengumuman menteri yang boleh merugikan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan (PH) Khairuddin Abu Hassan menegaskan, Naib Presiden PKR itu seharusnya dikenakan tindakan kerana dilihat menggunakan platform media tanpa menggunakan saluran dalaman.

"Rafizi adalah Naib Presiden PKR. Apa sahaja yang dia tidak berpuas hati; bercakaplah melalui saluran parti," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebelum ini, Rafizi menjelaskan, PKR menganggap perbincangan masih berjalan bagi pengagihan jawatan menteri dalam Kabinet dan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tidak muktamad.

Tegas Rafizi, sebarang keputusan mengenai apa-apa pelantikan mestilah dipersetujui secara bersama oleh keempat-empat parti di dalam PH.

Tambah Khairuddin, PH mempunyai platform dan saluran dalaman parti yang sedia mendengar luahan atau apa sahaja pandangan secara tertutup.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com