PRU14: PM Tiba Di Pusat Undi Ditemani Isteri


PEKAN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak, tiba bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, dekat sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Kerusi disandang Pengerusi BN sejak 1976 itu menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Beliau dicabar calon PAS, Kapten (B) Athiatudin Daud, selain Mohamad Zahid Md Arip daripada PKR dan Datuk Paduka Abd Kadir Sainuddin (BEBAS). – BH ONLINE

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com