#PRU14: Nawawi Umum 8 Perkara Manifesto Hebatkan Langkawi

 
LANGKAWI - Pengerusi Barisan Nasional Langkawi, Dato' Ir Nawawi Ahmad mengumumkan secara rasmi manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 bagi Parlimen Langkawi di sini, semalam.

Beliau yang juga merupakan calon P004 Parlimen Langkawi berkata, selain 18 inisiatif dan projek bernilai RM1.3 bilion yang diumum Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, terdapat satu lagi tambahan bagi manifesto berkenaan.

"Kita tambah satu lagi iaitu Keluarga Ceria.

"Kita akan sumbangkan 50kg gula dan 50kg beras untuk setiap pasangan pengantin baru di Parlimen ini. Selain itu kita akan berikan RM200 untuk setiap kelahiran baru bagi 700 keluarga setahun," katanya kepada media, hari ini.

Berikut adalah senarai penuh 8 perkara yang terkandung dalam manifesto yang diumum beliau secara rasmi dalam sidang media, semalam;

1. Prasarana Awam: membina sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC). Projek penyelesaian masalah bekalan air bernilai RM600 juta dan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang dilengkapi jambatan udara.

2. Dana dan Pembiayaan: Peruntukan melalui SME Bank berjumlah RM100 juta pembiayaan RM25,000 hingga RM250,000 untuk pengusaha chalet, motel dan kedai runcit dengan kadar faedah 5% di mana 2% akan disubsidi kerajaan serta 3% dibayar peminjam.

3. Keluarga ceria: Sumbangaun 50kg gula, 50kg beras untnk pasangan pengantin baru. RM200 untuk setiap kelahiran baru bagi 700 keluarga setahun. Wifi percuma hingga Jun 2018, selepas Jun pada kadar  caj 10 sen/jam.

4. Perumahan: 1,000 unit rumah di Kampung Kumpulan dan  Batu Asahm dijangka siap 3 tahun berharga RM34,000 seunit jika lulus temuduga. Perbandaran rumah RM135 juta.

5. Belia: membina litar motorcross untuk golongan belia memperkasa sukan permotoran dan acara antarabangsa

6. Usahawan dan Penjaja: Geran RM5,000 untuk 1,000 peniaga kecil yang disalurkan melalui persatuan. Geran TERAJU hingga RM10,000 untuk 200 usahawan bagi perniagaan kecil-kecilan bumiputera. Pinjaman daripada SME Bank 3%. Pemberian lesen Pihak Berkuasa Tempatan untuk peniaga. MDEC dan DPMM melatih 1,000 usahawan digital Langkawi

7. Kesihatan: Naiktaraf Hospital Langkawi. Membina sebuah hospital swasta di bawah KPJ.

8. Pelancongan: Peruntukan RM12 juta memperkasa Langkawi Tourisme Academy. Hub perniagaan di Pantai Chenang ala Pasar Chatuchak, Bangkok. Membina Langkawi Premium Outlet. Galakan pelancongan berkonsep MICE (meetings, incentives, conference, exibitions). Kerjasama syarikat Tencent dari China dan Tourisme Malaysia hasilkan 40 video promosi Langkawi. Tourisme TV sediakan 2 jam slot utk promosi pelancongan Langkawi.

Sehingga kini, Nawawi difahamkan berpeluang cerah untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang dimenanginya pada PRU ke-13 yang lalu ekoran daripada jumlah majoriti yang meyakinkan.

Walau bagaimanapun, beliau kali ini dijangka menang dengan majoriti yang sedikit menurun berbanding PRU yang lalu berdasarkan calon Pakatan Harapan yang berprofile tinggi, Tun Dr Mahathir Mohamad. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com