#PRU14: Najib Bawa Cahaya Ke Pulau Tuba, Mahathir Sebar Fitnah Kepada Penduduk



Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berani terlalu lama meninggalkan Langkawi dalam tempoh berkempen berakhir sebelum jan 12 tengah malam esok.

Ini kerana Langkawi akan menjadi 'tapak perlepasan yang terakhir' Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-7 jika beliau dan Pakatan Harapan menang pada PRU14.

Nasib Dr. Mahathir akan ditentukan selepas hari mengundi dan malam Rabu ini (9 Mei).

Dengan pergerakan yang agak terbatas Dr. Mahathir, 93 muncul  untuk bertemu penduduk di Pulau Tuba yang selama ini 'disisihkan' ketika menjadi Perdana Menteri.

Dr. Mahathir sedar, 3,000 pengundi pulau Tuba itu tidak akan menyokong parti lain selain Barisan Nasional (BN).


Penduduk pulau itu kini lebih terhutang budi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah membawa 'cahaya bagi menerangi' pulau  itu.

Najib sedar penduduk pulau itu yang terdiri nelayan tradisional dan petani telah 'diabaikan' dan amat memerlukan perhatian setelah pulau besar Langkawi gah dengan hotel mewah dan kehadiran jutaan pelancong dalam dan luar negara.

Rupanya selama Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, penduduk di situ terpaksa menggunakan jana kuasa untuk menerangi rumah mereka dan sudah tentu bekalannya tidak pernah stabil. 

Pada tahun lepas Najib merasmikan kabel dasar laut bernilai RM45 juta di Pulau Tuba selepas peruntukan projek itu diluluskan pada 2012. Projek itu siap dalam tempoh 18 bulan dan telah memberi kelegaan  kepada kira-kira 5,000 orang penduduk.

Najib yang telah dua kali melawat pulau itu menyediakan juga peruntukan sebanyak RM700,000 menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk melaksanakan pelbagai projek rakyat.

Antaranya pembinaan sebuah jeti di Tanjung Piandang melibatkan peruntukan sejumlah RM600,000, pendawaian semula 30 buah rumah (RM60,000) dan pembinaan 38 tiang lampu jalan.

Kerajaan turut meluluskan pembaikan rumah rakyat berjumlah RM800,000 dan pembinaan sebuah mini stadium seperti yang  diumumkan dalam Bajet 2018.

Berbeza kehadiran Dr. Mahathir ke pulau itu menjelang tempoh akhir berkempen sebagai calon PKR Parlimen Langkawi.


Dr. Mahathir mengagahkan diri datang untuk bertemu penduduk bagi memesongkan fikiran mereka melalui kenduri rakyat tajaannya.

Dalam ucapan ringkasnya,  Dr. Mahathir membawa isu-isu yang basi selain meminta penduduk mengenangkan jasanya membangunkan pulau peranginan Langkawi.

Walaupun Dr. Mahathir telah bersara 15 tahun lampau, pembangunan Langkawi diteruskan Najib termasuk menyediakan peruntukan infrastuktur selain berusaha untuk memajukan anak jati Langkawi yang sebelum ini hanya mendapat 'cebisan kek ekonomi' hasil kemajuan yang dilaksanakan.

Pelancong yang datang ke Langkawi juga tidak pernah susut selepas Mahathir tidak lagi menjadi perdana menteri malah bilangan semakin bertambah. 

Namun demikian Dr. Mahathir kini kembali menyerang dan memfitnah Perdana Menteri dengan membawa pelbagai tuduhan tidak berasas kerana hanya mahu menggulingkan BN dengan kerjasama DAP.

Kini Mahathir baharu sedar bahawa pengundi yang selama 'terpencil' di  pulau itu amat penting baginya, tetapi masanya sudah terlewat kerana penduduk pulau itu masih setia kepada kerajaan BN. dan  berterima kasih kepada Najib. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir 

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com