#PRU14: Lepas Hina Mangsa Memali, Mahathir Ziarah Kubur Bekas Presiden PAS


Selepas menghina 14 mangsa korban Memali di Baling sebagai mati katak, Dr. Mahathir Mohamad menziarahi kubur bekas Presiden PAS iaitu Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Pokok Sena semalam.

Zairah ke kubur orang yang pernah dikeji oleh Mahathir agak pelik kerana ia dilakukan oleh bekas perdana menteri itu menjelang empat hari lagi rakyat Malaysia untuk mengundi pada 9 Me Rabu ini.

Namun Dr. Mahathir tidak pula ziarah kubur bapa, ibu dan saudara maranya di Alor Setar walaupun balik berkempen.

Allahyarham Fadzil adalah pemipin PAS yang mempertahankan mangsa yang terbunuh dalam peritiwa Memali 32 tahun lalu sebagai mati syahid.

Dr. Mahathir kini mahu menunjukkan beliau tidak terlibat kerana membiarkan kejadian berdarah itu berlaku ketika menjadi Perdana Menteri itu dahulu.

'Lakonan' Dr. Mahathir itu hanya untuk mendapatkan simpati penduduk Pokok Sena supaya menyokong parti pembangkang untuk mengundi  oleh bekas pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar, yang menjadi calon PKR Parlimen.

 Apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir itu adalah semata-mata untuk kepentingan dirinya dan politik pembangkang termasuk memuji tentang kebaikan DAP kepada penduduk Pokok Sena. 

Dalam ceramahnya di Kampung Bukit dalam kawasan DUN Bukit Lada dan Parlimen Pokok Sena petang semalam, Mahathir memuji Fadzil dan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak.

Dr. Mahathir mendakwa  Fadzil  yang menjadi Presiden PAS an tara 1989 sehingga beliau meninggal pada 23 Jun 2002 ,adalah penasihat atau konsultan agama peribadinya.

Kata Mahathir mereka adalah rakan baik walaupun seteru dalam politik.

Dalam ceramah itu bagaimanapun meminta pengundi tidak menyokong PAS.

Lain pula ketika bereramah di Padang Sera, Kodiang pada malamnya Mahathir yang akan bertanding menentang BN di Langkawi menduduh PAS terima wang daripada UMNO.

"Dulu (PAS) kata UMNO kafir, tetapi lani (sekarang) UMNO bagi duit, jadi (UMNO) Islam balik la.
"Nak jadi Islam bukan kena ucap dua kalimah syahadah, tak payah kata La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah, kata saja duit", sindir Mahathir mempersendakan parti itu.

 Beliau turut berkempen untuk anaknyar, Datuk Seri Mukhriz yang akan bertanding Parlimen Jerlun dan DUN Jitra. - Kedahnews.com

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHFitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com