PRU-14: Permulaan Buruk Bagi Pakatan Harapan - Kit Siang


TEMERLOH - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengakui Pakatan Harapan (PH) mengalami permulaan yang buruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila gagal bertanding di enam kerusi pada hari penamaan calon Sabtu lepas. 

Beliau berkata, pakatan pembangkang tidak berpeluang bertanding satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi ia akan berusaha mendapatkan sokongan rakyat. 

"Kita mahu menang 120 kerusi Parlimen bagi menukar kerajaan... tapi kini sudah kalah satu kerusi. Kita bermula dengan buruk. 

"Kita masih ada 119 kerusi dan apa yang penting adalah lawan tetap lawan," katanya pada majlis Lim Kit Siang Jelajah Pahang di Mentakab di sini, kelmarin. 

Pada Sabtu lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak pencalonan enam wakil PH, yang bertanding menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) , termasuk Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau Tian Chua yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen  Batu kerana didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2013. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com