PRS Ikrar Beri Sokongan Padu Pada Pengerusi BN



KUCHING - Parti Rakyat Sarawak (PRS) berikrar memberi sokongan padu kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Presidennya, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata pihaknya juga akan berbincang dengan sesiapa sahaja yang masih bersama BN untuk memastikan hala tuju yang lebih baik.


“Sila ambil perhatian, saya tidak membuat tabiat mengikat tangan yang memberi makan saya selama bertahun-tahun. Ahli politik mesti mempunyai rasa bersyukur kepada orang yang pernah membantu mereka.


“Jika anda hilang aspek kemanusiaan ini (bersyukur), kuasa tuhan akan menghukum anda pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri turut memuji tindakan bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang sudah melakukan yang terbaik untuk BN.

 “Itulah tanda pemimpin yang mempunyai rasa bertanggungjawab di atas kegagalannya. Tidak ramai pemimpin di dunia hari ini yang berani mengakui kesilapan mereka,” katanya.

Sumber:  TV14


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com