Program World #QuranHour Pada 7 Jun


KUALA LUMPUR – Program World #QuranHour yang menghimpunkan umat Islam sedunia membaca al-Quran secara serentak selama satu jam akan diadakan pada 7 Jun bersamaan 22 Ramadan 1439H, bermula 11 pagi.

Program #QuranHour yang diadakan serentak di seluruh dunia termasuk di Arafah itu, akan berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Program yang masuk tahun ketiga itu bertemakan ‘Dunia Berbudi dan Penyayang’ anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama 10 media tempatan, sebagai usaha meraih keberkatan 10 hari terakhir Ramadan.

#QuranHour adalah satu kempen untuk menggalakkan setiap individu membaca, memahami dan mengamalkan nilai-nilai dalam al-Quran.

Program itu menyasarkan 100 juta umat Islam di seluruh dunia akan berinteraksi dengan al-Quran pada hari tersebut. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com