Polis Parah Ditetak Lelaki Dipercayai Warga Myanmar Di Kulim


ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera parah di beberapa bahagian badan setelah ditetak seorang lelaki dipercayai warganegara Myanmar di Taman Desa, Bandar Desa Aman, Kulim, Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner, Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

“Ketika ini kami masih dalam usaha untuk mengesan individu terlibat.

“Mangsa yang berusia lewat 40-an telah diberikan rawatan dan menjalani pembedahan di Hospital Kulim,” katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Menurutnya, ketika ini siasatan lanjut masih dijalankan termasuk motif serangan.

“Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com