Polis Nafi Tentera Berkawal Sekitar Putrajaya


SANGKAL…. Polis Putrajaya menafikan penularan gambar yang memaparkan sejumlah kenderaan tentera berkawal di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya pada malam ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, penularan gambar itu bukan sebenarnya berada di lokasi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan tersebut.

“Saya menafikan gambar yang tular itu kononnya berlaku di Putrajaya. Malah, saya sendiri tidak tahu lokasi sebenar kejadian tersebut seperti disiarkan dalam gambar terbabit.

“Orang ramai diminta agar tidak terpengaruh dengan gambar tular itu yang mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat di daerah ini,” katanya ketika dihubungi, malam ini.

Terdahulu, beberapa keping gambar tular menerusi media sosial dan aplikasi pesanan yang mendakwa konon ada pergerakan aset tentera di kawasan Putrajaya sejak 9 malam tadi.

Gambar berkenaan menunjukkan sepasukan anggota tentera dalam keadaan berkawal dengan beberapa buah kenderaan seperti trak dan kereta perisai. 

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com