Polis Giatkan Siasatan Kes Penemuan Dua Mayat Di Kawasan Sawah


LANGKAWI - Polis sedang giat menjalankan siasatan berhubung penemuan dua mayat yang sudah reput dipercayai dibunuh di kawasan bendang di Kampung Bukit Lembu, Mukim Kedawang di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim berkata sehingga kini, identiti mayat seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lepas, masih belum dapat dikenal pasti.

Beliau berkata mayat pertama seorang lelaki ditemui kira-kira 12.10 tengah hari Rabu lepas, manakala mayat wanita itu ditemukan pada 6.38 petang dua hari lepas, dengan tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada kedua-dua mangsa.

"Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar mendapati mangsa pertama mati disebabkan 'sharp force trauma to the neck,' katanya, sambil menambah keputusan bedah siasat bagi mangsa kedua yang dibuat di hospital sama masih belum diperoleh.

Kedua-dua kes itu disiasat sebagai kes pembunuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis tidak menolak kemungkinan kedua-dua mangsa dari luar Langkawi memandangkan tiada laporan orang hilang diterima di sini, setakat ini, katanya.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com