PM Najib Bantu Hebatkan Kempen BN Di Langkawi


ALOR SETAR – Sentuhan dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya dapat memperhebatkan lagi kempen Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Langkawi.

Ketibaannya di pulau legenda adalah bagi mengadakan lawatan di Telaga Walk di Jalan Chenang, dimana tempat berlangsungnya klinik keusahawanan anjuran bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan SME Corp.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut mengiringi Perdana Menteri selain turut sama hadir calon BN bagi kerusi parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuah Nor Saidi Nanyan.

Najib menghabiskan masa selama 30 minit dengan melawat gerai pameran di lokasi berkenaan, selain juga mengadakan pelbagai aktiviti lain termasuk kursus keusahawanan dan belia, bazar, pertunjukan kucing, cabutan bertuah dan persembahan hiburan.

Kempen Perdana Menteri diteruskan dengan menghadiri satu majlis perjumpaan anjuran penggiat industri pelancongan di Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, memetik Bernama.

Parlimen Langkawi bakal menyaksikan pertemuan tiga penjuru antara penyandang kerusi berkenaan, Nawawi, dicabar bekas perdana menteri dan pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad atas tiket PKR-PPBM, dan calon PAS Zubir Ahmad.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Nawawi memenangi kerusi itu dengan majoriti 11,861 undi setelah meraih 21,407 undi dan mengalahkan calon PKR Ahmad Abdullah, yang mendapat 9,546 undi dan calon Bebas Marina Hussein, yang hanya meraih 180 undi. - Kedahnews.com


#JomBN
#BersamaBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku
#PRU14
#GE14
#UndiBN
#BR1M
#ManifestoBN

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com