PKR Kedah Goyang Jika Tubuh Kerajaan


PAS dan Barisan Nasional Kedah  kini menjadi 'penghalang' kepada gabungan pembangkang PKR untuk membentuk kerajaan negeri  dengan majoriti mudah.

Ini kerana bilangan 18 kerusi DUN yang dimenangi PKR akan belum selamat jika PAS yang memperolehi 15 kerusi mengambil keputusan untuk 'bergabung' dengan BN yang memenangi tiga kerusi.

Jika kerjasama itu berlaku menjadikan kedudukan kerusi PKR dan PAS/BN seimbang.

Bagi PKR, ia memerlukan sekurang-kurangnya satu atau dua
lagi kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi menyatakan pihaknya  sedang menunggu 'isyarat' daripada pusat untuk bergabung dengan mana-mana parti yang boleh mengikut dasar Islam parti itu.

 PAS bersama PKR-DAP pernah  membentuk kerajaan di Selangor dan Perak sebelum ini.

Sebelum ini UMNO Kedah juga menyatakan  bersedia menjalin kerjasama dengan PAS di peringkat negeri demi kepentingan umat Islam dan bangsa Melayu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerjasama itu bagaimanapun mesti bermula di peringkat pusat terlebih dahulu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com