Pihak Berkuasa Digesa Siasat Pendedahan Ahli DAP Mengenai Kempen Kebencian


KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa khususnya PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyiasat dan mengambil tindakan berhubung pendedahan Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad mengenai kempen kebencian dan propaganda jahat yang dilakukan parti itu.

Dalam masa yang sama, Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan (HELP) UMNO, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin dalam satu kenyataan medianya hari ini turut mencabar Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng selaku pemimpin tertinggi DAP menafikan perkara tersebut.

“Jika benar apa yang dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat ini, iaitu Kepimpinan Tertinggi DAP ingin menghancurkan perpaduan rakyat dan menghasut rakyat membenci kerajaan dgn propaganda terancang mereka maka saya selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO mendesak pihak berkuasa PDRM dan MCMC agar segera mengambil tindakan terhadap seluruh anggota Parti DAP ini.

“Saya mencabar Sdr. Lim Kit Siang dan Sdr. Lim Guan Eng, serta pemimpin kanan Parti DAP untuk menafikan apa yang dibangkitkan oleh Sdr. Amran Ahmad berkenaan isu yang dibangkitkan semalam (5hb Mei 2018) di Buletin Utama TV3,” katanya.

Nazir turut menyelar kempen kebencian dan propaganda terancang DAP itu yang disifatkan sebagai cubaan merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Saya juga amat – amat kecewa ada Melayu yang masih tidak sedar diri dengan bersama – sama menjayakan hasrat jahat DAP ini.

“Oleh itu, jika benar ‘apa yang dinyatakan’ oleh Sdr. Amran yang juga merupakan kakitangan Publisiti DAP Pusat, adalah wajib seluruh umat Melayu dan Islam di Malaysia menolak Parti PKR dan calon – calon PKR yang turut diwakili oleh kepimpinan DAP.

“Jelas suatu kesilapan besar bagi umat Islam Malaysia untuk terus menyokong kepimpinan PKR kerana mereka turut sama menyokong usaha – usaha jahat DAP ini dengan tujuan menghancurkan umat Islam dan Melayu di Malaysia,” ujarnya lagi.

Dalam pendedahannya semalam Amran Ahmad yang juga ahli seumur hidup DAP berkata kempen kebencian dan propaganda jahat itu disebarkan menerusi beberapa video serta risalah menyasarkan pemimpin-pemimpin kerajaan termasuk perdana menteri, isteri dan keluarganya.

“Apabila saya menyertai pasukan publisiti DAP, saya rasa telah terpesong kerana terlibat dalam membuat propaganda-propaganda jahat yang langsung tidak menepati niat asal saya untuk menyebarkan maklumat yang benar kepada orang ramai terutama menjelang PRU14.

“Saya tidak mahu lagi bersekongkol untuk lakukan kerja ini menipu rakyat Malaysia dengan propaganda jahat semata-mata untuk memikat hati pengundi,” katanya.

Sumber – SuaraTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com